nadi kehidupan

Since March 2011

Royal National
Powered by Best Free Counters

Monday, March 21, 2011

Kita Ini tetamu Senja

assalamualaikum w.b.t


sudah agak lama ana menyepi dari dunia blog (lupa email apa yang di guna..sebab banyak sangat email)


kesempatan yang hanya sedikit ini...ana nak kongsikan tentang sebuah sajak karya A. Samad Said 


Tetamu Senja ~ A. Samad Said



Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja

Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan 
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 

~ A. Samad Said


persembahan puisi dan lagu "kita ini tetamu senja"
apa yang menariknya tentang sajak ini adalah kerana, sajak ini adalah satu persembahan pada malam puisi lingkaran hidup, anjuran unit pengucapan umum kumpulan A dan B


sekian entry ana kali ini...

~cintailah DIA yang mencintai kita~

No comments:

Post a Comment