nadi kehidupan

Since March 2011

Royal National
Powered by Best Free Counters

Monday, April 18, 2011

Indahnya Islam Kerana Persaudaraan, Indah Ukhwah Kerana Persahabatan

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

assalamualaikumwarahmatullah w.b.t

alhamdulillah..syukur masih di panjangkan umur untuk menghirup udara segar, untuk berjalan di bumi ALLAH, dan masih juga mengehela nafas yang di pinjamkan...

tergerak hati ini ingin menulis tentang sahabat, kawan , teman atau apa sahaja yang di takrifkan seerti dengan kata sahahat.

sahabat bila bertemu pasti takkan putus ikatannya melainkan kematian:

teringat suatu hadis 

"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)

betapa indahnya sebuah persahabatan yang di bina kerana ALLAH...

seorang sahabat yang baik..takkan memusuhi sahabtanya hanya kerana nafsu amarah
seorang sahabat yang baik, sentiasa membantu ketika senang dan susah,


Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit makamengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)


sahabat yang baik, takkan pernah berkeluh kesah tentang sahabat-sahabatnya


“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

sahabat yang baik juga..akan sentiasa mendoakan sahabat-sahabatnya...

Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan:
عن عمر رضي اللهم عنهم قال استأذنت النبي صلى اللهم عليه وسلم في العمرة فأذن لي وقال لا تنسنا يا أخي من دعائك فقال كلمة ما يسرني أن لي بها الدنيا


Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)

sesungguhnya kita takkan mampu hidup tanpa seorang sahabat....dimana jua kita berada..pasti akan bersahabat..dalam bersahabat juga, pasti ada batas2 nya...

"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." (Al-Mustadrak ala al Sahihain)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” . 


 Firman Allah SWT yang bermaksud, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)


“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:


1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,

  • 2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,


  • 3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,


  • 4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,


  • 5. menziarahinya ketika sakit,


  • 6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan


  • 7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”

  • (Riwayat Ibnu Babawaih)

    sayangilah sahabat2 kita....
    jika dia tersasar,
    tariklah dia
    peringatlah dia
    semoga dia sedar, kita menyayangi mereka.

    p/s: aku bukanlah sahabat yang baik, tapi akau akan berusaha untuk menjadi sahabat yang baik

    ~cintailah Dia yang mencintai kita~

    No comments:

    Post a Comment