nadi kehidupan

Since March 2011

Royal National
Powered by Best Free Counters

Saturday, March 26, 2011

Jangan couple ek....

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
assalamualaikumwarahmatullah w.b.t

seringkali kita terdengar,terlihat atau terbaca  kes buang bayi..bayi yang suci bersih, di tinggalkan di merata-rata tempat....sedih,pilu,sayu,marah,geram,sakit hati...pelbagai perasaan boleh di gambarkan jika kita melalui saat-saat ini...tidakkah kita sedar dimana puncanya??

duhai remaja
gejolak perasaanmu
begitu rakus melawan imanmu,
begitu akrab dengan nafsumu,
begitu jauh dengan Tuhanmu
begitu dekat dengan syaitan durjana...

Allah berfirman:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” ( Surah Al-Israa’(17) ayat 32)


kenapa ALLAH tak larang kita berzina?
kenapa ALLAH larang kita hampiri zina?
masyaALLAH...sedangkan hampir kepada zina pun. sudah berdosa..inikan pula melakukannya....

apa kaitannya dengan couple?

bukankah couple hampir kepada zina?

"kami couple takde pegang2 tangan,selalu saling nasihat menasihati,saya nak jadikan dia isteri..takkan tak boleh?"

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
p/s: entry kali ini adalah peringatan buat diri ana yang telah banyak berbuat dosa,yang telah menutupkan mata akan kebenaran,yang telah menutup telinga dari kebaikan,

Ya ALLAH...sesungguhnya engkau maha mengetahui..pimpinlah kami kejalanMU,tunjukilah kami jalan yang lurus. leraikanlah simpulan hati2 yang telah mati,kau suburkanlah hati-hati ini dengan keimanan dan ketaatan kepadamu YA ALLAH..aku berdosa...aku berdosa ya ALLAH..kau ampunkanlah dosa2ku...dosa2ku ya ALLAH...ya ALLAH...ameeen..

~cintailah DIA yang mencintai kita~

Friday, March 25, 2011

Hmmm.....

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...
assalamualaikum ana ucapkan.....
hmm...tajuk entry yang tak tahu nak letak ape..kekurangan idea,kehabisan buah fikiran....hendak merepek terasa sia-sia pula..maka ingin di kongsikan bersama tentang erti sebuah persahabatan...apakah erti sebuah persahabatan bagi pembaca sekalian?bagi ana persahaban membawa erti yang cukup besar..pabila kita mula menjalin ukhwah dengan sahabat2 kita, takkan ada erti putus kawan, kerana nilai silaturrahim takkan luput, hanya nyawa yang bisa memisahkan antara sahabat..

ana nak kongsi lagu yang ana sangat sukai..jom hayati liriknya :)

Hadiah Buatmu Teman

Jalinan persahabatan
Kita abadikan sepanjang zaman
Berpanjangan dan berkekalan
Manisnya iman
Hidup di dalam perjuangan
Kasih sayang kuhadiahkan buatmu teman
Untuk kau simpan ingat-ingatan
Jadinya bekalan perjalanan
Hidup di dalam perantauan
Gunung didaki lembah sama dituruni
Kita diuji berulang kali
Nyata setia sebati
Gelap ditempuhi cerah sama disusuri
Cinta yang murni rahmat Ilahi
Harumnya kita kecapi

Chorus
Syukur padamu Tuhan
Syukur kita dihadiahkan
Hadiah iman
Hadiah kasih sayang
Cinta seorang teman
Dan syukur buatmu teman
Syukur kita dipertemukan
Pengorbanan dan kesetiaan
Tak mungkin kulupakan
(Allah Allahu ya Allah...)
Gelap ditempuhi cerah sama disusuri
Cinta yang murni rahmat Ilahi
Harumnya kita kecapi

Chorus
Syukur padamu Tuhan
Syukur kita dihadiahkan
Hadiah iman
Hadiah kasih sayang
Cinta seorang teman
Dan syukur buatmu teman
Syukur kita dipertemukan
Pengorbanan dan kesetiaan
Tak mungkin kulupakan
(Allah Allahu ya Allah...)

manis ukhwah kerana persahabatan, indah ISLAM kerana persaudaraan....

~cintailah DIA yang mencintai kita~

Thursday, March 24, 2011

BAITUL MUSLIM HALAQAH NET: Mak, Nak Kahwin, boleh?

Nak kahwin, tapi mak belum izinkan. Mak kata tunggulah habis belajar dulu. Tapi kepala ni rasa gatal pulak sebab, hati dah terpaut, selalu rindu-rindu, selalu terbayang wajah kesayangan. Nak study pun dah tak fokus. Jadi nak buat macamana ni?
Nak ikut cakap mak atau nak buat keputusan sendiri? Nak tanya abah la pulak...
"Abah, kalau saya nak kahwin tengah belajar ni boleh tak bah?"
"Mak kata apa?"
"Mak tak izinkan lagi."
"Apa alasan mak tak izinkan tu?"
"Mak takut saya tak boleh kejar dua perkara dalam satu masa."
"Itu saja alasan mak?"
"ya, bah."
"Mariam rasa kalau Mariam kahwin, Mariam ada masalah tak? Boleh kejar dua-dua?"
"Ini yang mahu bincang dengan abah, Mariam mana ada pengalaman lagi tentang rumah tangga."
"Nak kahwin memang mudah, nak pikul tanggung jawap tu yang payah, tambah kalau Mariam sedang belajar." sambungan boleh klik di sini:

"SAHAJA...ERATKAN UKHUWWAH, SIMPULKAN SILATURAHIM"

~cintailah DIA yang mencintai kita~

Tuesday, March 22, 2011

Hidup Tak Pernah Berhenti Putarannya...

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang

assalamualaikum....semoga rahmat ALLAH sentiasa memayungi kita semua..amiin

hidup umpama putaran roda..roda yang takkan pernah berhenti berputar sehingga tiba masanya...terkadang kita merasa lelah kerana merasakan penat melalui kehidupan ini..namun ketahuilah..perjalanan yang penuh liku dan duri ini menjadikan kita seorang mukmin yang kuat..tabah menghadapi ujian...seperti dalam firman ALLAH

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?[2] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.[3] Surah Al-Ankabuut ayat 2-3

hidup penuh dengan ujian....

wahai saudara-saudaraku
hidup ini penuh noda dan dosa
hidup ini penuh jerih dan perih
hidup ini penuh tipu daya
hidup ini terlalu payah buat kita

mari,mari kita berjuang,
ujian tanda ALLAH sayang,
jangan kita leka dalam berperang
bawalah orang yang kita sayang
ke jalan yang ALLAH redha
menuju ampunan Yang Maha Esa


semoga rahmat dan kasih syangNYA milik kita.....


~cintailah Dia yang mencintai kita~

Monday, March 21, 2011

Kita Ini tetamu Senja

assalamualaikum w.b.t


sudah agak lama ana menyepi dari dunia blog (lupa email apa yang di guna..sebab banyak sangat email)


kesempatan yang hanya sedikit ini...ana nak kongsikan tentang sebuah sajak karya A. Samad Said 


Tetamu Senja ~ A. Samad Said



Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja

Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan 
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 

~ A. Samad Said


persembahan puisi dan lagu "kita ini tetamu senja"
apa yang menariknya tentang sajak ini adalah kerana, sajak ini adalah satu persembahan pada malam puisi lingkaran hidup, anjuran unit pengucapan umum kumpulan A dan B


sekian entry ana kali ini...

~cintailah DIA yang mencintai kita~