nadi kehidupan

Since March 2011

Royal National
Powered by Best Free Counters

Saturday, March 26, 2011

Jangan couple ek....

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
assalamualaikumwarahmatullah w.b.t

seringkali kita terdengar,terlihat atau terbaca  kes buang bayi..bayi yang suci bersih, di tinggalkan di merata-rata tempat....sedih,pilu,sayu,marah,geram,sakit hati...pelbagai perasaan boleh di gambarkan jika kita melalui saat-saat ini...tidakkah kita sedar dimana puncanya??

duhai remaja
gejolak perasaanmu
begitu rakus melawan imanmu,
begitu akrab dengan nafsumu,
begitu jauh dengan Tuhanmu
begitu dekat dengan syaitan durjana...

Allah berfirman:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” ( Surah Al-Israa’(17) ayat 32)


kenapa ALLAH tak larang kita berzina?
kenapa ALLAH larang kita hampiri zina?
masyaALLAH...sedangkan hampir kepada zina pun. sudah berdosa..inikan pula melakukannya....

apa kaitannya dengan couple?

bukankah couple hampir kepada zina?

"kami couple takde pegang2 tangan,selalu saling nasihat menasihati,saya nak jadikan dia isteri..takkan tak boleh?"

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
p/s: entry kali ini adalah peringatan buat diri ana yang telah banyak berbuat dosa,yang telah menutupkan mata akan kebenaran,yang telah menutup telinga dari kebaikan,

Ya ALLAH...sesungguhnya engkau maha mengetahui..pimpinlah kami kejalanMU,tunjukilah kami jalan yang lurus. leraikanlah simpulan hati2 yang telah mati,kau suburkanlah hati-hati ini dengan keimanan dan ketaatan kepadamu YA ALLAH..aku berdosa...aku berdosa ya ALLAH..kau ampunkanlah dosa2ku...dosa2ku ya ALLAH...ya ALLAH...ameeen..

~cintailah DIA yang mencintai kita~

No comments:

Post a Comment