nadi kehidupan

Since March 2011

Royal National
Powered by Best Free Counters

Saturday, September 17, 2011

Refreshkan Hati

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH, masih lagi di panjangkan umur. Masih juga lagi di beri nikmat menulis dan kesempatan untuk berkongsi bait2 kata walaupun tak seindah mana.


Ramadhan yang telah berlalu, terlalu banyak menginsafkan diri ini. begitu nikmat yang di beri, disambut dengan penuh kesyukuran. Tarbiah di bulan ramadhan membawa kita supaya merefresh hati dan juga merefresh iman. 


Jadi setelah sebulan berpuasa kita kembali segar dengan nilai man dan taqwa yang baru. seharusnya kita kekalkan tarbiah iman kita di bulan2 yang lain. tidak hanya di bulan ramadhan sahaja. insyaALLAH


Syawal yang menjelma di gamit dengan penuh kegembiraan selaku bulan kemenangan pabila kita berjaya menempuh sebulan menahan lapar dan dahaga.pada 1 syawal kita diharamkan berpuasa.


NABI Muhammad SAW menyambut Eidilfitri dengan penuh kesyukuran lantaran nikmat dikurniakan Allah. Walaupun diriwayatkan Baginda bersedih dengan pemergian Ramadhan, Eidilfitri tetap disambut penuh suasana ceria dan gembira.

Eidilfitri anugerah Allah SWT kepada umat Islam yang bersungguh menunaikan ibadat puasa sepanjang Ramadhan dengan penuh keikhlasan. Ia juga tanda kemenangan menahan segala desakan nafsu mazmumah selama sebulan berpuasa.

Rasulullah SAW pada pagi Aidilfitri memakai pakaian yang terbaik dan cantik, malah Baginda sendiri menyaran dan menggalakkan sahabatnya supaya berpakaian cantik.

Ini seperti disebut cucu Baginda Saidina Hasan:Nabi SAW memerintahkan kami pada pagi Aidilfitri memakai pakaian paling baik yang kami miliki dan berwangi-wangian dengan wangian paling baik yang kami miliki.

Imam Ibn Qayyim ada menyebut pada Aidilfitri, Nabi SAW memakai pakaiannya yang paling cantik. Baginda mempunyai pakaian khas yang biasanya dipakai pada dua hari raya (Eidilfitri dan Eidiladha) dan pada Jumaat.

Termasuk dalam sunnah Baginda SAW ialah menjamah sedikit makanan sebelum keluar untuk solat sunat Eidilfitri. Makanan pilihan Baginda ialah tamar.

Seorang sahabat iaitu Anas bin Malik pernah menyebut: "Adalah Nabi SAW tidak akan keluar untuk solat Eidilfitri sehingga Baginda terlebih dulu memakan tamar dengan bilangan ganjil, tiga, lima atau tujuh biji."



jadi, marilah sama2 kita merefresh hati dan memperbetulkan niat. Apa jua yang kita lakukan, niatkanlah kerana ALLAH... Semoga ibadah kita semua di terima..INSYAALLAH.
marilah sama2 kita menggapai redha ALLAH


~cintailah Dia yang menyintai kita~

1 comment:

  1. yuk sesame..=)...mjulah bgsa untuk Iman dan Agama !!!!!!!!

    ReplyDelete