nadi kehidupan

Since March 2011

Royal National
Powered by Best Free Counters

Sunday, October 2, 2011

Indahnya Berjihad di Jalan ALLAH

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah,madih lagi di berikan ruang dan peluang oleh ALLAH untuk berkongsi ilmu..kali ini saya nak kongsikan kepada semua mengenai jihad.

Firman ALLAH:

"Perangilah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah dan Hari Kemudian, yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah dan rasulNya dan tidak pula beragama dengan agama yang benar (iaitu) di antara ahli kitab kecuali mereka membayar jizyah dengan kepatuhan yang rela dan merasa diri mereka ditawan."
QS(9:29)

"Perangilah orang-orang musyrik semuanya, sebagaimana mereka memerangi kamu semua"
QS(9:36)



Di dalam Al-Quran terdapat 121 ayat yang menyentuh persoalan memerangi orang kafir, perkataan-perkataan Bahasa Arab mungkin membawa pelbagai makna, tetapi dengan ketibaan ISLAM, beberapa perkataan Arab telah dihadkan maknanya kepada satu istilah sahaja iaitu istilah shari'ahnya.

Dalam istilah bahasa, jihad datangnya dari perkataan `jahada' yang bermakna "menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu". Dengan istilah ini, kita mungkin berjihad ketika belajar dengan menghadapi peperiksaan. Tetapi "Jihad" dalam definisi shari'ah hanya boleh membawa satu makna iaitu "menentang orang kafir di medan pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap da'wah bagi menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi setinggi-tingginya".

Berdasarkan nas-nas al-Quran terdapat dua pembahagian besar terhadap Jihad, Pertama; Jihad Agung iaitu Jihad ke atas nafsu serta menentang tipu daya syaitan. Kedua; Jihad Kecil , iaitu meliputi bentuk-bentuk Jihad yang lain seperti Jihad dengan hati (berdoa), Jihad dengan lisan (nasihat dan tutur kata) atau kalam (penulisan), Jihad dengan ilmu dan pelajaran (memberi pengetahuan), Jihad dengan harta (infak dsb.) dan seterusnya Jihad dengan tubuh badan dan nyawa.

Jihad nafsu bermaksud jihad untuk membersihkan jiwa dan mensucikan hati dan sifat-sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Ringkasnya ia merupakan Jihad untuk mentaati Allah, tunduk kepada perintahNya sepanjang masa. Ia dianggap Jihad Agung kerana luas medan perjuangannya yang tidak terbatas dan terhad bagi menangkis musuh yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera.

Sesungguhnya jihad yang paling besar adalah jihad MELAWAN NAFSU

Sabda Rasulullah SAW:

"Orang yang berjihad ialah orang yang berusaha bersungguh-sungguh(berjihad) melawan hawa nafsunya di jalan Allah."
(HR at-Tarmizi daripada Fudholah Bin 'Ubaid)


jihad itu adalah satu perjuangan memartabatkan kehidupan kita sebagai manusia. Ia memerlukan semangat 
juang yang tinggi serta dilakukan dengan sepenuh hati, bersungguh-sungguh serta ikhlas semata-mata kerana Allah. Kelemahan kita hari ini yang berada di Malaysia, adalah hilangnya rasa dan nilai jihad ini dalam kehidupan seharian. Anak muda khususnya mahasiswa dan mahasiswi merupakan generasi utama yang perlu ditanamkan konsep jihad dengan lebih jelas.


#Datang lambat ke kelas
#Bersembang semasa guru atau pensyarah mengajar 
# Datang ke kelas dengan niat untuk dapat "A" dalam exam dan bukan niat untuk mendapatkan ilmu
#Meniru dalam exam
#Meniru assignment orang lain


Dimanakah letaknya konsep jihad bagi pelajar2 sekarang?
Inilah yang terjadi kepada mahasiswa mahasiswi yang datang belajar hanya untuk mendapatkan ijazah sarjana muda hingga mengabaikan konsep jihad .

Marilah sama-sama kita renungkan..

~Cintailah Dia yang menyintai kita~

No comments:

Post a Comment