nadi kehidupan

Since March 2011

Royal National
Powered by Best Free Counters

Monday, April 25, 2011

Bila Peperiksaan Menjelma

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

assalamualaikum w.b.t

demam pepriksaan sudah bermula...bermacam ragam dan bermacam gaya....

rasanya dah banyak tips2 yang boleh didapati untuk menghadapi peperiksaan...ape2 pun..ana nak juga kongsikan beberapa tips untuk pembaca sekalian

Sepuluh tip untuk membantu anda dalam peperiksaan :
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.
Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:
  • soalan paling sukar,
  • yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
  • mempunyai markah sedikit .
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.
Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.
Terjemahan dari: Landsberger, Joe. Ten Tips of Test Taking
yang paling penting..berdoa dan bertawakkal....solat hajat jangan tinggal!!
lakukan solat hajat sebelum dan selepas peperiksaan!!

semoga kita berjaya dalam peperiksaan...insyaALLAH...

belajar mencari ilmu..ikhlaskan niat kerana ALLAH....semoga kita beroleh kejayaan..

kepada para sahabat...selamat berjuang...all d best..dan semoga berjaya

~cintailah DIA yang mencintai kita~

No comments:

Post a Comment